CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 21 Julai 2008

Melaka Hari Ini

Jika kita lihat Melaka dulu dengan sekarang memang banyak perbezaannya, Kalau dahulu Melaka cuma terkenal dengan sejarahnya sahaja, tetapi sekarang melaka bertambah terkenal dengan aset pelancongan terbarunya. kalau mereka yang pernah datang 4 tahun lepas ke negeri ini mungkin akan tersesat agaknya jika melawat Melaka sekarang, mana tidaknya jalan atau lebuhraya baru semakin banyak, ada pula yang nak ke pusat bandaraya tersesat masuk ke Daerah Jasin. Idea-Idea yang di cetuskan oleh orang kuat nombor satu Melaka iaitu Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah mengubah banyak persekitaran negeri ini. Disamping terkenal dengan warisan sejarah melaka kini mempunyai produk pelancongan yang baru seperti Eye On Melaka yang terletak di Melaka River Pirate Park berhampiran jambatan Hang Tuah, Menara taming Sari yang mempunyai ketinggian 110 meter yang terletak di Banda Hilir, Bagi yang nak menyusuri Sungai Melaka boleh la menaiki River Cruise yang terletak di Taman Rempah Ratus dengan kadar yang berpatutan, kalau anda nak merasai suasana seperti di L0ndon bolehlah menaiki Bas Double Decker yang di datangkan khas dari London . Antara produk pelancongan yang akan datang pula Eye On Malaysia dan Pusat Aeroangkasa yang terletak di Pinggir Muara Sungai Melaka, Planetarium Melaka yang sedang dibina di Hang Tuah Jaya berdekatan dengan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh. Jadi Jangan ketinggalan melawat negeri Yang penuh Keunikan budaya dan sejarah ini. MELAWAT MELAKA BEERTI MELAWAT MALAYSIA.

1 ulasan:

hrmk berkata...

orang melaka ke nie?