CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 3 September 2008

KATA-KATA HIKMAH

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. 4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. 5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. 6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. 8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. 9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. 11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. 12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. 13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. 14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. 16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong 17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. 18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa. 19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya. 20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. 21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. 22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. 23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat. 24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. 25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan. 26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Isnin, 1 September 2008

Khamis, 21 Ogos 2008

Perasmian Jambori Keamanan Antarabangsa

video

Rabu, 6 Ogos 2008

Tikus pun bersenam

Selasa, 5 Ogos 2008

Soalan tutorial bagi subjek CSC1012

soalan pertama I Ssues

When you make a transaction,many companies use computer and information system to gether data about you such as your name,address ,telephone ,number ,paying habits and credit husbry .They then sen this information to other companies .Without you permission and without giving you permission and without giving you permission and without giving you then chanota verfy the information ,what potential problem . Explain your answer?
Bagi saya, potensi masalah yang saya hadapi sekiranya maklumat peribadi saya di jual kepada pihak ketiga pelbagai masalah boleh diperolehi kerana maklumat saya akan salah digunakan untuk tujuan merosakkan reputasi saya, kerjaya,serta menjatuhkan maruah saya serta keluarga. oleh itu bagi memastikan maklumat saya tidak salah digunakan atau dijual kepada pihak ketiga saya merasakan perlunya satu perjanjian hitam putih bertulis dibuat dengan disaksikan oleh orang yang punya kuasa undang-undang seperti peguam. dan salinan perlu diperoleh oleh saya bagi memastikan tindakan undang-undang boleh diambil keatas pihak yang menyalahgunakan maklumat peribadi saya. Selain itu saya rasakan perlunya kita menyaman pihak yang menjual maklumat peribadi kita kepada pihak lain supaya mereka tidak melakukan kesalahan ini pada lain masa dan menjadi ingatan kepada mereka yang lain. Saya juga mencadangkan supaya mereka-mereka yang ingin memberikan maklumat peribadi kepada pihak lain meneliti terlebih dahulu syarat-syarat yang di berikan sebelum memberi maklumat peribadi supaya tidak tertipu dengan helah pihak berkenaan. Saya juga menyarankan supaya pengguna yang tertipu membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil keatas mereka yang tidak bertangungawab sekaligus menghapuskan penganiayaan keatas pengguna.
Soalan Kedua
Think about your chosen profession,How might computer and software entionce your produductivitiy? Describe several ways in wish you see softwere changing of affecting your a profession.
Saya memilih kerjaya dalam bidang pembantu jualan di kedai cermin mata. bagi saya cara yang produktif untuk saya mengembangkan serta meningkatkan mutu kerjaya saya ialah dari segi penggunaan sepenuhnya komputer dalam urusan pengurusan jualan sebagai contoh saya bekerja di salah sebuah cawangan syarikat cermin mata dan pada setiap pagi smas baru membuka kedai saya dikehendaki menghantar laporan jualan hari sebelumnya ke ibu pejabat untuk merekod segala jumlah jualan, oleh itu saya mengunakan internet melalui skype sebagai penghantar maklumat ke ibu pejabat. begitu juga sekiranya saya mengahadapi masalah di cawangan oleh itu saya mengunakan khidmat skype untuk memaklumkankan kepada ibu pejabat bagi mendapatkan bantuan.

Khamis, 24 Julai 2008

Kursus Asas JPA 3 di Ayer Keroh Melaka

Bersama dengan Staf JPA 3

ini sebahagian dari mmembe-membe kontinjen alor gajah

Ini la membe-membe masa gi kursus asas siri 10

ada lagi yang lain tapi ntah mane gi nye ntah

Isnin, 21 Julai 2008

Melaka Hari Ini

Jika kita lihat Melaka dulu dengan sekarang memang banyak perbezaannya, Kalau dahulu Melaka cuma terkenal dengan sejarahnya sahaja, tetapi sekarang melaka bertambah terkenal dengan aset pelancongan terbarunya. kalau mereka yang pernah datang 4 tahun lepas ke negeri ini mungkin akan tersesat agaknya jika melawat Melaka sekarang, mana tidaknya jalan atau lebuhraya baru semakin banyak, ada pula yang nak ke pusat bandaraya tersesat masuk ke Daerah Jasin. Idea-Idea yang di cetuskan oleh orang kuat nombor satu Melaka iaitu Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah mengubah banyak persekitaran negeri ini. Disamping terkenal dengan warisan sejarah melaka kini mempunyai produk pelancongan yang baru seperti Eye On Melaka yang terletak di Melaka River Pirate Park berhampiran jambatan Hang Tuah, Menara taming Sari yang mempunyai ketinggian 110 meter yang terletak di Banda Hilir, Bagi yang nak menyusuri Sungai Melaka boleh la menaiki River Cruise yang terletak di Taman Rempah Ratus dengan kadar yang berpatutan, kalau anda nak merasai suasana seperti di L0ndon bolehlah menaiki Bas Double Decker yang di datangkan khas dari London . Antara produk pelancongan yang akan datang pula Eye On Malaysia dan Pusat Aeroangkasa yang terletak di Pinggir Muara Sungai Melaka, Planetarium Melaka yang sedang dibina di Hang Tuah Jaya berdekatan dengan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh. Jadi Jangan ketinggalan melawat negeri Yang penuh Keunikan budaya dan sejarah ini. MELAWAT MELAKA BEERTI MELAWAT MALAYSIA.